Monday, 7 December 2015

Aku, Matrik, IPG & UiTM

Assalamualaikum, seperti yang dijanjikan, kali ni cerita pasal macam mana kakten sampai di UiTM Kuala Pilah. Maybe cerita ni boleh dijadikan sumber inspirasi junior akan datang kan. Hahaha. Ok kawasan intro pasal uitm ni agak jauh masuk ke dalam, tak macam di kampus Seremban. Rasanya 7 km dari jalan yang bas lalu. Huhu memang agak berkos, tapi menuntut ilmu ni berjihad, jadi soal duit kita tak boleh berkira sangat dengan ilmu kan.. Persekitaran pun best, berbukit so sesuai sangat siapa nak kuruskan badan haha. Bak kata rektor, macam villa gitu. Villa Beting High.

Lepas SPM, macam biasalah kena pilih universiti pilihan, isi borang UPU, and kakten ade jugak apply IPG (Institut Perguruan). Dapat Ujian Kecergasan dekat IPG Jitra, Kedah dan alhamdulillah lulus. Yang paling terharu, abah kakten hantar pergi ujian haritu.:') Thank u abah love u. And then sampai masa untuk interview lisan. kakten dapat dekat IPG Ipoh. Kos yang dipohon? Opcos Pendidikan Seni. Minat dengan seni dari tadika kut, sampai SPM sanggup amik paper Seni, walau masuk kelas Sains. Alhamdulillah dapat A+.

Tapi perancangan Allah yang terbaik, kakten fail interview IPG. Yang lulus, orang yang duduk sebelah kakten haritu. Kakten memang sedih tu sedih, tapi kita orang Islam percaya Qada' dan Qadar Allah. Kakten terima, dan UPU dah nak keluar keputusan, tapi sebelum tu keputusan matrik keluar dulu, dapat di matriks Kulim, Kedah. Dekat je dengan rumah abang sulung, tapi memang nak tolak matriks. Sebab otak pun tak genius sangat, kakten tak nak amik risiko. Takut terpaksa berhenti di tengah jalan.

Rebellion kaktin taknak masuk matriks, rasanya Abah akan ingat sampai bila-bila haha. Sama macam time kakten nak masuk Sekolah Agama dulu tapi tak dapat sebab jauh huhu. Punyalah menangis, tapi abah taktau, rasanya mak yang bagitau. Love u too mak hehe. Kemudian, result keluar,

"TAHNIAH, ANDA BERJAYA MELANJUTKAN PELAJARAN DI UITM KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN......"

Haha lebih kurang macam tu je ayat dia. Tapi bila tengok dapat uitm tu rasa selamat gila, sebab dapat alasan cakap kat abah. Cuma tengok perkataan negeri sembilan tu gelak-gelak, sebab lawak tak pernah jejak negeri sembilan, akan belajar untuk 3 tahun pulak tu. Ya, Diploma Teknologi Tekstil yang kakten banggakan. Walau student textile paling sikit daripada Mikrobiologi dan Food Technology, tak apa. Kawan-kawan semua baik, lecturer baik, pakcikbas baik, pakcik dekat kedai potostat tempat kakten part time sekarang pun sangat baik. Memang terbukti ada hikmah di sebalik semuanya. Di sini juga tempat kakten belajar jadi seorang perempuan yang matang, berdikari dan berdikari, berdiri atas kaki sendiri. Konklusi, UITM DI HATIKU <3







No comments:

Post a Comment

Healer

Healer to myself

Translate