Saturday, 12 December 2015

Throwback


Assalamualaikum dan selamat petang. :) Cuti sem dah nak 2 minggu lebih habis dah. Kelas start and tu maksudnya juga assignment pun dah start huhu. Tapi tak boleh mengeluh tin. Chaiyokkk!!!  




Ni kakten nak throwback trip holiday pergi Cameron Highland, Pahang. Kakten selalu melancong dengan kakak selalu trip bajet tau. Time Cameron haritu, spend tak sampai RM50.00 tak termasuk minyak. Makanan pun bawak dari Rumah. So duit untuk tiket masuk taman bunga, amik gambar dengan lihat kebesaran Tuhan.

MashaAllah cantik pokok dengan bunga-bunga semua. Nak bawak balik takut tak hidup nanti huhu. Antara tempat yang sempat lawat, Tea plantation, Cactus Point dll. Tak sempat singgah banyak tempat sebab hari hujan :D













Monday, 7 December 2015

Aku, Matrik, IPG & UiTM

Assalamualaikum, seperti yang dijanjikan, kali ni cerita pasal macam mana kakten sampai di UiTM Kuala Pilah. Maybe cerita ni boleh dijadikan sumber inspirasi junior akan datang kan. Hahaha. Ok kawasan intro pasal uitm ni agak jauh masuk ke dalam, tak macam di kampus Seremban. Rasanya 7 km dari jalan yang bas lalu. Huhu memang agak berkos, tapi menuntut ilmu ni berjihad, jadi soal duit kita tak boleh berkira sangat dengan ilmu kan.. Persekitaran pun best, berbukit so sesuai sangat siapa nak kuruskan badan haha. Bak kata rektor, macam villa gitu. Villa Beting High.

Lepas SPM, macam biasalah kena pilih universiti pilihan, isi borang UPU, and kakten ade jugak apply IPG (Institut Perguruan). Dapat Ujian Kecergasan dekat IPG Jitra, Kedah dan alhamdulillah lulus. Yang paling terharu, abah kakten hantar pergi ujian haritu.:') Thank u abah love u. And then sampai masa untuk interview lisan. kakten dapat dekat IPG Ipoh. Kos yang dipohon? Opcos Pendidikan Seni. Minat dengan seni dari tadika kut, sampai SPM sanggup amik paper Seni, walau masuk kelas Sains. Alhamdulillah dapat A+.

Tapi perancangan Allah yang terbaik, kakten fail interview IPG. Yang lulus, orang yang duduk sebelah kakten haritu. Kakten memang sedih tu sedih, tapi kita orang Islam percaya Qada' dan Qadar Allah. Kakten terima, dan UPU dah nak keluar keputusan, tapi sebelum tu keputusan matrik keluar dulu, dapat di matriks Kulim, Kedah. Dekat je dengan rumah abang sulung, tapi memang nak tolak matriks. Sebab otak pun tak genius sangat, kakten tak nak amik risiko. Takut terpaksa berhenti di tengah jalan.

Rebellion kaktin taknak masuk matriks, rasanya Abah akan ingat sampai bila-bila haha. Sama macam time kakten nak masuk Sekolah Agama dulu tapi tak dapat sebab jauh huhu. Punyalah menangis, tapi abah taktau, rasanya mak yang bagitau. Love u too mak hehe. Kemudian, result keluar,

"TAHNIAH, ANDA BERJAYA MELANJUTKAN PELAJARAN DI UITM KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN......"

Haha lebih kurang macam tu je ayat dia. Tapi bila tengok dapat uitm tu rasa selamat gila, sebab dapat alasan cakap kat abah. Cuma tengok perkataan negeri sembilan tu gelak-gelak, sebab lawak tak pernah jejak negeri sembilan, akan belajar untuk 3 tahun pulak tu. Ya, Diploma Teknologi Tekstil yang kakten banggakan. Walau student textile paling sikit daripada Mikrobiologi dan Food Technology, tak apa. Kawan-kawan semua baik, lecturer baik, pakcikbas baik, pakcik dekat kedai potostat tempat kakten part time sekarang pun sangat baik. Memang terbukti ada hikmah di sebalik semuanya. Di sini juga tempat kakten belajar jadi seorang perempuan yang matang, berdikari dan berdikari, berdiri atas kaki sendiri. Konklusi, UITM DI HATIKU <3







Friday, 4 December 2015

WadiAdra

Assalamualaikum and hi. Tiba-tiba rasa nak post entry pasal @wadiadra. One of clothing brand yang aku suka sangat. First sebab obviously baju lawa. Tengok gambar je dah tau. Jumpa depan mata lagilah lawa. Material pun best selesa flowy jahitan kemas lepas tu harga affordable. Second sebab kenal owner dia. Percaya tak percaya akak @besidesaina aka Aina Awatif senior aku dekat Uitm Kuala Pilah, kos yang sama that is Textile Technology. First kenal time AGM, advisor kitorg tak datang so die cerita macam mana awal-awal wadiadra dulu.

Lepas tu tak tau macam mana lepas bukak booth letak henna service, ada peluang lukis henna dekat idola tu. Rasa macam WOW tau, sebab haha tak tau nak cerita macam mana sebab happy sangat, yelah ada chance bersua face to face. Ya memang friendly and manis sangat orangnya. Thank you for the subway kak Aina. Good luck praktikal di Jovian Mandagie dengan Kak Maria and Kak Atiqah :D

Time ni lah rasa bersyukur, sebab jika aku pass Interview IPG dulu, mungkin tak masuk uitm dan jumpa org hebat-hebat. Dan sampai bila-bila tak akan menyesal. Kita merancang, Allah sebaik-baik penentu. (entry akan datang cerita panjang pasal ni inshaaAllah)..

Collection terbaru wadiadra @princessmeenie ada pakai time tuor photoshoot dekat Istanbul. Siapa yang tak jatuh hati jantung limpa semua tak tau lah haha


Semoga WadiAdra semakin power, maju and terus hasilkan baju syariah compliance and dapat tembus pasaran International inshaaAllah. Aamiiiin ;)
  
Do visit their official instagram account at https://www.instagram.com/wadiadra/

Tuesday, 1 December 2015

JPop

Tak tau lah kenapa dalam fon n laptop tak banyak lagu eng n malay. Dari dulu genre jpop ni penuh kat gallery banyak. Goose House ni salah satu. Yang minat jpop Group ni best sangat tauuu. Really recommended this Group. Lagu opening cerita Shigatsu  Kimi no Uso dari Group ni. Chanel dekat YouTube korang boleh search Goose House juga. For more information, u surf click http://goosehouse.jp/

Healer

Healer to myself

Translate